Chupacabra makhluk anjing penghisap darah

Hi korang. Pernah dengar tak pasal makhluk misteri bernama Chupacabra? Ok kali ni min nak cerita sikit kisah satu makhluk aneh yang sangat popular di sekitar benua Amerika.

Kalau korang tak pernah dengar pasal Chupacabra, nama tu sendiri sebenarnya berasal dari perkataan Sepanyol iaitu chupa yang bermaksud ‘menghisap’ dan cabra yang bererti ‘kambing’.

Chupacabra ni sejenis haiwan dongeng yang disebut crytpid dan dikatakan sering berkeliaran di bahagian benua Amerika untuk menyerang dan menghisap darah kambing.

Kebanyakan penduduk tempatan menganggap Chupacabra hanyalah haiwan dongeng yang direka oleh orang-orang terdahulu.

Bagaimanapun, pakar-pakar hidupan liar mendakwa haiwan tersebut merupakan salah satu daripada spesies anjing hutan. Maksudnya, mungkin daripada spesies anjing liar atau serigala?

Bagaimanapun, seorang pegawai perhutanan, Claude Griffin berkata, haiwan yang dikatakan Chupacabra itu merupakan haiwan campuran daripada baka anjing biasa dan anjing hutan yang kemudiannya diubah oleh orang dulu-dulu.

Kalau korang nak tahu, menurut Griffin, dia berkata bahawa orang dulu-dulu suka membiakkan anjing mereka dengan haiwan bergigi taring untuk tujuan keselamatan sebelum melepaskannya ke dalam hutan.

So, tak mustahil la makhluk yang dikatakan Chupacabra ni sebenarnya merupakan anjing kacukan milik orang dulu-dulu.  Tapi, walaupun makhluk tu pada asalnya hanyalah haiwan biasa, lama-kelamaan Chupacabra ni menjadi semakin liar dan tidak jinak seperti dahulu. Mungkin sebab dah lama ditinggalkan kot, sebab tu makhluk ni jadi semakin liar.

Jadi lama kelamaan haiwan ni telah mengancam keselamatan penduduk kerana gemar menghisap darah. Oooo kira tuan makan tuan balik laa ni? 

Sebab makhluk tu dah jadi semakin ganas, so ibu bapa kat situ jadi takut nak biarkan ana-anak atau haiwan peliharaan mereka berkeliaran bebas.

Mitos mengenai Chupacabra ni mula hangat diperkatakan selepas penduduk di sebuah perkampungn di Puerto Rico mendakwa pernah melihat kelibat makhluk aneh ini pada tahun 1995.

Dakwanya, makhluk tersebut bersaiz seperti seekor beruang kecil, dan mempunyai duri di sepanjang belakang badannya. Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai ekor yang panjang dan mempunyai tompokan berwarna kelabu pada bahagian kulit yang terdedah.

Seram jugak min dengar pasal makhluk ni. Alangkah Nampak anjing pun jantung min dah dup dap dup dap nak terkeluar, inikan pulak kalau Nampak Chupacabra ni, mau pengsan.hahahaha!

Raja Lepak

Read Previous

Marah dipanggil ANDARTU? Wanita tekad berkahwin dengan patung

Read Next

Salah dengar ke, BI bunyi macam nama makanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *