Tawaran Menarik Musim Perayaan Ini Dari SOCAR & MyNEWS

SOCAR telah bekerjasama dengan myNEWS untuk menjadikan perkongsian kereta lebih mudah diakses oleh orang ramai. Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan mobiliti dengan menyepadukan perkhidmatan perkongsian kereta daripada SOCAR dengan produk penting yang terdapat di cawangan myNEWS.

Perkongsian ini memberi peluang kepada kedua-dua jenama untuk give back kepada pelanggan mereka. 5,000 pengguna SOCAR pertama yang menyertai kempen dengan menempah kereta dan menyerahkan tangkapan skrin akan menerima kod baucar untuk Minuman Siri Maru Ais Sparkler percuma dari mana-mana cawangan myNEWS. Begitu juga, pelanggan myNEWS boleh mengumpul kod promosi POTONGAN RM10 untuk sebarang tempahan SOCAR dengan resit pembelian mereka.

Shylendra Nathan, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR, melahirkan rasa teruja tentang perkongsian itu dan menekankan kepentingan memberi ganjaran kepada pelanggan. Menyokong sentimen ini, Dang Tai Wen, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mynews turut menyatakan bahawa kerjasama ini menyerlahkan komitmen mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

Tempoh promosi untuk ganjaran eksklusif ini adalah dari 1 Mac hingga 30 April 2024. Melalui tawaran ini, SOCAR dan myNEWS berhasrat untuk memberikan manfaat unik kepada pelanggan dan mengukuhkan perkongsian mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian, terma dan syarat serta tawaran promosi, sila layari laman web SOCAR dan laman web myNEWS.

Raja Lepak

Read Previous

Dah Sampai! Xiaomi 14 Series Tampil Dengan Ultra Dan Semestinya Extra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *