Gigi Putih, Tapi…

Ramai berpendapat memiliki set gigi putih dan cantik bak mutiara adalah penanda kesihatan mulut yang baik. Tetapi ramai yang kurang cakna tentang kesihatan gusi juga sama penting. 

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020, 38.2% orang dewasa Malaysia mengalami masalah periodontitis, sejenis penyakit gusi yang teruk. Selain itu, 94.5% orang dewasa Malaysia mengalami gusi yang tidak sihat dengan 96% orang dewasa berumur 35 hingga 44 tahun mempunyai masalah gusi tidak sihat. 

Berpandukan statistik yang ada, Systema, pakar kesihatan gusi terkenal dari Jepun, melancarkan kempen #GumHealthFirst untuk membantu menangani isu penyakit gusi yang berleluasa di Malaysia, dan komited untuk mengekalkan dan mengembangkan inisiatif ini dengan visi jangka panjang untuk memberi impak yang berkekalan terhadap kesihatan mulut di Malaysia. 

Inisiatif ini turut melibatkan kerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gusi dalam mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan. 

Menurut Dr. Noormi Binti Othman, Ketua Pengarah Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, gusi adalah komponen penting dalam kesihatan mulut dan kesejahteraan umum. Penyakit gusi adalah ancaman yang senyap namun meluas, telah berakar umbi dalam masyarakat dan implikasi wabak ini sangat mendalam, melangkaui kesihatan mulut sahaja.

Hakikatnya, gusi bukan sahaja menjadi penjaga pintu terhadap bakteria dan jangkitan di dalam mulut tetapi juga memberikan sokongan penting kepada gigi. Dengan penjagaan yang betul, ia bertindak sebagai pertahanan utama dalam memastikan badan sihat dengan berfungsi sebagai penghalang perlindungan untuk mencegah keradangan dan masalah kesihatan yang lain.

Encik Tomotaka Oka, Pengarah Urusan Southern Lion pula menekankan keperluan untuk mengutamakan kesihatan gusi. Ini adalah isu kritikal yang memerlukan perhatian dan tindakan segera. 

Sebagai jenama yang khusus untuk pencegahan penyakit gusi dan kesihatan mulut, Systema memahami kesan kesihatan gusi terhadap kesihatan secara menyeluruh. Gusi yang sihat adalah asas kepada senyuman yang yakin dan badan yang sihat. 

En. Oka menambah bahawa: “Systema ingin menggalakkan warga Malaysia untuk lebih proaktif tentang kesihatan gusi mereka dengan mengutamakan #GumHealthFirst, mengiktiraf kepentingannya sebagai keutamaan untuk gigi yang sihat. Dengan mengamalkan rutin penjagaan mulut yang mudah dan konsisten, setiap individu boleh mengekalkan kesihatan gusi sepanjang hayat.”

Melalui kempen #GumHealthFirst, Systema memperkasakan individu dengan pengetahuan amalan kebersihan mulut yang betul, termasuk teknik memberus yang berkesan dan pemilihan produk penjagaan mulut yang sesuai. 

Berus gigi inovatif Systema menjadi perintis dalam inisiatif ini. Menampilkan teknologi SlimTech™ yang baharu dan dipertingkatkan serta bulu tirus 0.02mm yang lembut dengan asas kepala berus 40% lebih nipis  yang membolehkannya mencapai ke belakang gigi dan membersih dengan berkesan, memastikan pembersihan plak menyeluruh yang terbukti secara klinikal untuk membantu mencegah masalah gusi. Dilengkapkan dengan ubat gigi Systema yang diperkaya dengan bahan perlindungan gusi seperti IPMP, GK2, dan TDS, ia menawarkan perlindungan gusi 4X lebih baik  dan perisai menyeluruh terhadap pembentukan bakteria penyebab masalah gusi. Dengan adanya produk-produk pergigian yang betul ke dalam rutin penjagaan mulut harian, setiap individu boleh meningkatkan kesihatan gusi mereka dan mengurangkan risiko mengenai isu berkaitan gusi.

Turut hadir adalah Dr Mohd Faizal Hafez Hidayat, Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) yang menekankan risiko yang berkaitan dengan penyakit gusi, termasuk kehilangan gigi sekali gus kesukaran dalam melakukan aktiviti harian seperti mengunyah dan bercakap. Bukan itu sahaja, penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan, strok dan diabetes. 

Dr Faizal menekankan kepentingan mengamalkan langkah pencegahan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut harian. “Mencegah penyakit gusi bermula dengan tabiat yang mudah tetapi penting. Memberus gigi secara berkala dengan ubat gigi fluorida, flos harian dan mengelakkan produk tembakau adalah langkah penting dalam mengekalkan kesihatan gusi yang optimum.

Sebagai sebahagian daripada kempen yang dilancarkan, Systema juga memperkenalkan portal kesihatan gusi yang baharu, www.gumhealthcheck.com yang membolehkan warga Malaysia menilai kesihatan gusi mereka secara digital, dan memperoleh pandangan dan petua untuk mengekalkan kesihatan gusi yang optimum serta  kesihatan mulut secara keseluruhan. Direka bentuk untuk menyeronokkan dan berinformasi untuk semua, platform dalam talian interaktif ini akan menjadi sumber utama untuk mengekalkan gusi yang sihat.

Selain itu, sepanjang Mei dan Jun 2024, sebuah klinik pergigian bergerak, hasil kerjasama Systema bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan melakukan jelajah di seluruh Semenanjung Malaysia untuk menawarkan penilaian kesihatan gusi secara PERCUMA di bandar berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #GumHealthFirst Systema dan aktiviti berkaitannya, sila lawati portal dalam talian di www.gumhealthcheck.com.

Raja Lepak

Read Previous

Tawaran Menarik Musim Perayaan Ini Dari SOCAR & MyNEWS

Read Next

OS Zepp 3.5: Jam Tangan Pintar Yang Dikuasakan AI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *