Smartwatch Upgrade Dengan  Kieslect Kr2 dan Ks2

Apa yang baru? Untuk peminat smartwatch, Kieslect dah masuk Malaysia yer. Jenama ni dengan rasminya memperkenalkan dua jam tangan pintar Kieslect Kr2 dan Ks2. Model ini adalah penerima Anugerah Reka Bentuk Muse 2023, Kr2 dan Anugerah Reka Bentuk Produk New York 2023, Ks2. 

Direka bentuk untuk kelajuan, kedua-dua Kr2 dan Ks2 dilengkapi dengan teknologi cipset “dwi teras”, dengan GPU 2.5D (unit pemprosesan grafik) pada paparan AMOLED dan kesan 3D yang lebih dinamik. Paparan mempunyai 1000 NIT untuk tontonan mudah dalam cahaya matahari dengan modul panggilan 2-dalam-1 Kieslect dan ketersambungan Bluetooth 5.3. Jam tangan pintar ini adalh pelengkap gaya semasa bersenam, bermain dan di tempat kerja, dengan lebih 100 mod sukan yang telah diprogramkan, pengurusan kesihatan 24/7 berdasarkan pemantauan kadar denyutan jantung, ujian tekanan, pengukuran SpO2 dan peringatan kitaran haid untuk wanita.

Kieslect Kr2 dan Ks2 dilancarkan di Malaysia pada 17 Januari 2024, dan boleh didapati dengan harga RM499 di Kedai Rasmi Shopee dan peruncit berikut- Goldblitz Sdn Bhd, SS Solution, MMG Distribution, and MG Digital Store.

Raja Lepak

Read Previous

Rayakan Tahun Naga Dengan Koleksi Tahun Baru Lunar New Balance!

Read Next

Klik! Klik! Klik! Jadikan Setiap Gambar Ikonik Dengan Siri Redmi Note 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *