Filem Bersama Malaysia-Korea Selatan yang Pertama : THE LORD MUSANG KING Mengambil 21 Hari Penggambaran

Filem arahan daripada pengarah Lee Moon Ho– yang mengisahkan tentang Haikal, anak kepada petani buah yang berjaya, Samad, telah dituduh dan dipenjarakan atas suatu jenayah yang tidak dilakukannya. Bapanya membuat perjanjian dengan seorang ahli perniagaan dari Korea Selatan dan berjanji untuk membeli syarikatnya sebagai pertukaran untuk membantu Haikal keluar dari penjara. Malangnya, Samad terbunuh sebelum perjanjian itu dibuat, dan Haikal yang kini telah dibebaskan dengan putus asa ingin mencari jalan untuk mencari keadilan dan balas dendam.

Penerbit The Lord Musang King, Ong Peng Chu

Encik Ong berkata, mereka telah cuba berbincang dengan beberapa pengedar filem di Korea, buat masa sekarang ia masih dalam perbincangan. Satu atau dua syarikat nampaknya berminat tetapi mereka memberitahu bahawa ia tidak mudah untuk filem luar negara dipaparkan di Korea Selatan. Antara cara yang mampu dilakukan adalah mungkin The Lord Musang King boleh dipaparkan semasa Festival Filem di Korea.

Filem kolaborasi Malaysia dan Korea Selatan ini juga telah membuat penggambaran dalam waktu yang singkat, iaitu selama 21 hari. Walaubagaimanapun, Pengarah Lee Moon Ho telah menetap 3 bulan di Malaysia sebelum penggambaran bermula untuk mengenali setiap para pelakon serta budaya di Malaysia.

Jangan lupa ajak kawan2 dan keluarga korang untuk tengok filem ni panggung wayang berdekatan!

Raja Lepak

Read Previous

Mulakan 2024 Dengan Yang Hijau Dan Segar Dari Spritzer!

Read Next

Rayakan Tahun Naga Dengan Koleksi Tahun Baru Lunar New Balance!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *