Mulakan 2024 Dengan Yang Hijau Dan Segar Dari Spritzer!

Suka air sparkling? Kita geng! Dan untuk 2024, dah boleh pilih botol hijau ni. Bukan sir sparkling biasa ni boss, tapi Spritzer Sparkling Lemon. Kelas Tersendiri: Kesegaran Semula Jadi! 

Spritzer Sparkling Lemon merupakan lanjutan daripada perisa pertama Spritzer bagi rangkaian air mineral semula jadi berkarbonat dengan zero pemanis, zero kalori, dan secara semula jadi kaya dengan mineral silika. Minuman itu menggabungkan pati perisa lemon asli dengan air mineral semula jadi yang bersumber dari hutan hujan berusia 130 juta tahun di Taiping, Perak.

Pada yang nak merasa sendiri kesegaran Spritzer Sparkling Lemon boleh temui kenderaan hijau Spritzer di Piazza, The Starhill, Bukit Bintang. Sampai 26 Disember 2023 sahaja!

Ada botol Spritzer Sparkling Lemon setinggi empat meter serta pokok Krismas yang dihasilkan daripada botol hijau Spritzer Sparkling yang tersendiri – kedua-duanya menyediakan latar belakang yang sempurna untuk kenangan yang sesuai untuk Instagram.

Selain Peribadikan Botol Berkilauan Spritzer Anda Sendiri!, korang boleh sertai permainan “Catch the Falling Lemons”, dan menebus minuman percuma yang diperbuat daripada Spritzer Sparkling x Monin, jenama sirap Perancis halal berbilang perisa, pada aktiviti “Main, Tebus Minuman & Santai Percuma”.

Oh ya, jgn lupa tonton Duta Spritzer Sparkling, Merqeen yang juga model, pelakon dan penyanyi sememangnya sinonim dengan persembahan cemerlang iaitu Kelas Tersendiri. 

Spritzer Ambassador Meerqeen, Kesegaran Semulajadi: Spritzer Sparkling Lemon! – YouTube: www.youtube.com/watch?v=6J9zp92dYp8

Raja Lepak

Read Previous

Era Baharu Gaya + Komuniti New Balance Di The Exchange TRX

Read Next

Filem Bersama Malaysia-Korea Selatan yang Pertama : THE LORD MUSANG KING Mengambil 21 Hari Penggambaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *