Daiso labur RM1 bilion bina pusat pengedaran global!

Daiso Malaysia Group Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan KAJIMA-SUNCON untuk penubuhan sebuah Pusat Pengedaran Global (GDC) Baharu yang canggih di Pelabuhan Klang, Malaysia.

GDC tersebut akan berfungsi sebagai hab pengedaran global untuk Daiso, bagi melancarkan logistik kemasukan produk Daiso dari negara seperti Jepun dan China, serta pengedaran produk ke 22 negara di seluruh Asia dan Timur Tengah. Langkah strategik ini akan meningkatkan ketersediaan produk Daiso di rantau ini.

“Komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan telah membawa kami ke majlis penuh bermakna ini, dan kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan KAJIMA-SUNCON untuk merealisasikan visi kami. GDC baharu ini adalah bukti dedikasi teguh kami terhadap kecemerlangan logistik, dan komitmen kami untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dalam komuniti tempatan,” kata Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Pengerusi Daiso Malaysia Group Sdn Bhd.

GDC baharu Daiso direka bentuk sebagai pusat sehenti yang akan meningkatkan kecekapan dan keseluruhan rantaian bekalannya. Dengan memusatkan bekalan produk di Malaysia, Daiso menyasarkan untuk mengawal dan mengurus masa penyampaian secara cekap, bagi menjamin penghantaran produk yang menepati masa kepada pelanggan. GDC baharu tersebut yang menjangkau 130,000 meter persegi akan mengendalikan pelbagai produk, termasuk peralatan dapur, bekalan pembersihan, produk penjagaan peribadi, alat tulis dan sebagainya, yang kesemuanya berjumlah kira-kira 35,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU).

 Dengan pelaburan besar sebanyak RM1 bilion, pembinaan GDC tersebut dijadualkan bermula pada Mei 2024.

 Keputusan memilih Malaysia sebagai lokasi utama GDC Baharu, khususnya di Pelabuhan Klang, adalah berdasarkan penilaian komprehensif terhadap negara yang secara konsisten muncul sebagai hab strategik untuk logistik masuk dan keluar, berbekalkan infrastruktur yang bertaraf dunia serta kebolehcapaian dan kecekapan yang luar biasa. Kedudukan strategik Pelabuhan Klang telah menjadikannya pintu masuk pilihan untuk perdagangan serantau sejak sekian lama ini. Ia membolehkan sambungan lancar ke pasaran global, sekali gus menjadi asas yang ideal untuk projek GDC baharu.

Raja Lepak

Read Previous

Siri Akhir Drama Supernatural Korea ‘Moving’ Mencapai Rekod Penonton Paling Tinggi

Read Next

S.T.O.P Back Pain! 4 Tips Untuk Hentikan Sakit Belakang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *