Amazfit Balance: Aksesori Keharmonian & Kesimbangan Untuk Gaya Hidup Aktif

Semua orang ada 24 jam sehari dan bagaimana mengaturnya terletak pada pilihan gaya hidup masing-masing. Sama ada untuk bekerja, masa bersosial atau beriadah, capai keseimbangan dengan aksesori yang dapat membantu kita mengikut jadual harian. Memperkenalkan aksesori terbaharu dari Zepp, Amazfit Balance! Amazfit Balance dibangunkan dengan teknologi dan ciri termaju yang menjadikannya ‘a must have’ di kalangan  komuniti pengguna global. Ia diperkasakan oleh peneraju ekosistem AI Zepp Health di bawah Siri Gaya Hidup Amazfit.

Ciri baharu yang dikenali sebagai skor “Kesediaan” memberikan nasihat dan panduan berdasarkan petunjuk kesihatan seperti tidur, senaman, tahap tekanan dan pemantauan tanda vital 24 jam untuk mengukur pemulihan fizikal dan mental dari hari sebelumnya dan menunjukkan potensi pemakai untuk hari yang akan datang sambil membantu mereka mengoptimumkan kerja, kehidupan dan rehat. 

Bersama-sama dengan peningkatan seperti BioTracker 5.0, mikrofon dan pembesar suara, Amazfit Balance cukup bersahaja untuk pemakaian sehari-hari dan sesuai untuk kegunaan olahraga yang aktif. Jam tangan pintar ini tersedia untuk pemakai kekal menepati masa dengan pemberitahuan aplikasi tentang kesihatan bagi meningkatkan keyakinan keseimbangan itu adalah sesuatu yang boleh dicapai. 

Ciri unik lain termasuk aplikasi seperti “Bernafas”, “Yoga” dan “Meditasi” untuk membantu pemakai menghilangkan tekanan. 

“Jam tangan pintar yang anggun dan serba boleh ini membantu menjejaki data mental dan fizikal saya, membolehkan saya bersenam lebih banyak atau lebihkan berehat. Skor Kesediaan adalah tepat dalam keadaan keseluruhan saya; sama ada saya berlatih bersungguh-sungguh dan tidak cukup rehat, ia menunjukkan markah yang sesuai.”

  • Kapten (B) Raeiz Hamed TUDM.

Jurulatih kecergasan, pelari profesional dan atlet OCR (lumba lari berhalangan)

 “Jam tangan kecergasan ini membawa penjejakan kecergasan ke tahap yang baharu. Ia bersambung dengan lancar ke aplikasi kesihatan seperti adidas Running dan Strava.” “Saya sangat menyukai aplikasi Komposisi Badan pada Balance, dalam sepuluh saat saya boleh mendapatkan peratusan tulang, otot, lemak dan air saya.” 

  • Mark Ong, content creator dan peminat gym.

Bermula dari 22 September 2023, Amazfit Balance boleh didapati di Shopee & Lazada dengan harga RM1,099. Setiap pembelian Amazfit Balance anda akan menerima hadiah percuma berupa Beg Kering Hypergear, Tuala Amazfit Sport dan Pas Percubaan 7 Hari Celebrity Fitness sementara stok masih ada.

Raja Lepak

Read Previous

Psycho Thriller Jepun ‘GANNIBAL’ Kembali Untuk Musim Kedua

Read Next

Bila Rasa Jepun Bertemu Slanga Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *