Hasrat Nak Jadi Anjing Tercapai, Pelaburan RM63k Lelaki Ini Berbaloi

Impian seorang lelaki Jepun yang dikenali sebagai Toco untuk menjadi haiwan bakal tercapai apabila pelaburan sebanyak $14k (±RM63,749) mula menunjukkan hasil.

Ini selepas wang yang dilaburkan untuk menempah khas kostum anjing yang mengambil masa 40 hari untuk disiapkan membantu menunaikan impiannya dengan menjadikannya hampir sama seperti haiwan tersebut.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di saluran YouTube ‘I want to be an animal’, Toco dilihat seronok bermain di atas rumput, berguling serta bermain lempar dan tangkap. Sekali pandang, memang terlihat seperti anjing betul!

Sebelum ini, impiannya dirahsiakan kerana takut dianggap pelik. Malah, kebanyakan rakan sekerjanya juga tidak sedar bahawa di luar waktu kerja, beliau memiliki hobi berpakaian seperti anjing.

Untuk pengetahuan korang, Toco tak pernah menunjukkan wajah sebenarnya. 

Kredit imej utama:  YouTube ‘I want to be an animal

Raja Lepak

Read Previous

Konoha Sebenarnya Wujud! Ini Sebab Kenapa Indonesia Selalu Dikaitkan Sebagai Kampung Hokage

Read Next

Lagi Kes Vokalis Buat Hal Masa Konsert, Kali Ni Tanggal Seluar Pulak Atas Pentas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *