Lagi Kes Vokalis Buat Hal Masa Konsert, Kali Ni Tanggal Seluar Pulak Atas Pentas

Belum lagi habis diperkatakan tentang kontroversi yang melibatkan kumpulan The 1975 dalam konsert yang berlangsung di Malaysia , satu lagi kontroversi berlaku membabitkan persembahan konsert.

Dalam satu konsert rock yang berlaku di Shijiazhuang, vokalis kumpulan Violent Champagne dikatakan secara tiba-tiba menanggalkan seluarnya semasa berada di atas pentas di hadapan ribuan peserta yang hadir. 

Rakaman ni dah viral dikongsi pengguna media sosial.

Disebabkan kelakuan tak senonoh vokalis yang dikenali sebagai Ding ini, pihak penganjur disaman lebih RM16,350 tau. Malah penganjur juga tidak dibenarkan untuk menganjurkan konsert di masa akan datang.

Ding pun sudah ditahan dan didenda atas kelakuannya yang tak senonoh tu. Iyalah, memang tak beradab kan? Orang panggil buat show nyanyian, benda lain pulak yang dia nak show. Nasib baik kali ini di China.

Lepas ni, mana-mana penganjur kena berhati-hati pilih siapa yang dorang nak untuk buat persembahan. Salah jemput, silap-silap makan diri di kemudian hari.

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit gambar: Aditya Chinchure via unsplash.com

Raja Lepak

Read Previous

Hasrat Nak Jadi Anjing Tercapai, Pelaburan RM63k Lelaki Ini Berbaloi

Read Next

Selalu Tenung CCTV, Gelagat ‘Majikan’ Busybody Yang Buat Ramai Geram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *