Terkurung Dalam Lif Bersama Mayat, Lihat Apa Yang Wanita Ini Lakukan

Dalam hidup ini, ada kejadian yang tak boleh kita kawal. Macam kejadian bencana alam yang kadang-kadang terjadi tanpa sempat diramal.

Mira, seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan kuat bekerja. Pada satu hari, saat Mira bersama dengan seorang lagi rakan pejabatnya, Mika di dalam lif, secara tiba-tiba terjadinya gempa bumi. 

Mira yang panik pada awalnya tidak dapat menjangkakan bahawa bencana alam itu akan menyebabkan sistem operasi lif terganggu. Dalam cubaan untuk keluar dari lif tersebut,  malangnya Mira dan Mika tercedera.

Bertambah malang lagi, kecederaan Mika menyebabkan Mika tidak dapat bertahan dan akhirnya meninggal dunia. Ini membuatkan Mira menjadi semakin panik dan takut sehingga sesak nafas dan mahu mengalah. 

Tidak lama kemudian, Mira terdengar suara bantuan pengawal keselamatan di pejabatnya, Adrian dari interkom lif. Rupanya Adrian juga terperangkap di dalam bilik kawalan. Tanpa keduanya sedar, rupanya Jakarta dilanda gempa bumi hingga memberi kesan kepada seluruh bangunan tersebut. 

Walaupun dengar tajuk filem ini iaitu Kamu Tidak Sendiri macam menyeramkan, tapi kalau nak tahu ini bukanlah kisah seram hantu. Walaupun trailernya, Mira serba tak kena macam nampak hantu dan bukannya cemas.

Nak tahu selamat ke tidak Mira dan Adrian dalam bencana ini, korang bolehlah tengok sendiri filem ini yang menampilkan pelakon hebat di Indonesia seperti Adinia Wirasti, Ganindra Bimo dan Rio Dewanto.

Raja Lepak

Read Previous

3,700 Orang Turun Padang Bantu Geng Anak Muda Bersihkan Pantai Terkotor No. 2

Read Next

Nak Beli Tiket Konsert, Jangan Sampai Tertipu. Wanita Kongsi Taktik Scam Di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *