Nak Beli Tiket Konsert, Jangan Sampai Tertipu. Wanita Kongsi Taktik Scam Di Media Sosial

Walaupun tempoh/tiket konsert artis popular yang akan adakan persembahan di Malaysia dah habis terjual, tak dinafikan masih ada segelintir yang mengharapkan keajaiban untuk dapatkan tiket selagi mana konsert belum berlangsung.

Ambil kesempatan ini, scammer pun tanpa buang masa akan menjalankan tugas mereka. Scam individu dengan memberi harapan bahawa masih ada tiket extra untuk mereka.

Seperti yang didedahkan wanita ini, beliau menjadi mangsa scammer yang menjual tiket konsert menerusi media sosial. 

Pada awalnya beliau diberitahu bahawa ada lebihan tiket konsert penyanyi popular Indonesia, Afghan dengan harga RM600. Scammer tersebut kemudiannya meminta tambahan RM200, namun tidak diberi wanita ini. Tidak lama kemudian, akaun wanita ini disekat scammer tersebut. 

Rupanya taktik ini juga digunakan untuk penjualan tiket konsert Coldplay di Malaysia. Malah kalau nak tahu, ada juga yang tertipu nak dapatkan tiket Taylor Swift!

Aduh, dunia internet sekarang memang kena lebih berhati-hati. Silap langkah, memang jadi ‘lauk’ scammer.

Twitter: @Nuyenggg

Raja Lepak

Read Previous

Terkurung Dalam Lif Bersama Mayat, Lihat Apa Yang Wanita Ini Lakukan

Read Next

Siap Boleh Nampak Kesalahan Dalam Kereta, Sarawak Perkenal Lampu Isyarat AI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *