Rakaman Skandal Pengklonan Manusia Yang Pernah Gemparkan Dunia Kini Didokumentarikan

Pada tahun 2004, seorang ahli biologi Korea Selatan, Hwang Woo-suk mengumumkan pengklonan pertama embrio manusia yang lengkap dalam satu penerbitan di jurnal Science. 

Kemudian pada tahun 2005, Hwang bersama pasukan penyelidiknya sekali lagi mengumumkan di jurnal yang sama bahawa mereka telah berjaya mengklonkan 11 stem khusus orang menggunakan 185 telur manusia.

Pengumuman tersebut dipuji sebagai ‘a ground-breaking paper’ dalam bidang sains dan menyebabkan beliau diangkat sebagai ‘wira negara’, ‘saintis agung’ dan ‘kebangaan Korea’ sehingga tersenarai sebagai ‘Orang Penting 2004’ oleh Majalah Time dan ‘ 100 Orang Yang Paling Berpengaruh’.

Namun pada akhir 2005, kontroversi mula muncul apabila penyelidik bersama Hwang, Gerald Schatten mendedahkan sumber sebenar sel telur yang digunakan adalah daripada beberapa penderma sukarela yang mana kemudiannya dinafikan Hwang. Isu etika menyebabkan Schatten memutuskan hubungannya dengan Hwang.

Pada Disember 2005, seorang pemberi maklumat memaklumkan kepada jurnal Science tentang penggunaan semula data yang sama dan akhirnya terbongkar bahawa banyak fabrikasi data berlaku.

Pihak SNU (Seoul National University) yang turut serta dalam penyiasatan kerja penyelidikan ini juga mendapati bahawa kedua-dua kertas yang diterbitkan mengandungi hasil rekaan. 

Kesannya, Hwang dipaksa untuk melepaskan jawatannya dan mengaku secara terbuka pada Januari 2006 bahawa kertas penyelidikannya adalah berdasarkan data rekaan. Malah jurnal Science turut menarik semula kedua-dua kertas yang diterbitkan.

Pada tahun 2009, Mahkamah Daerah Seoul mensabitkan kesalahan Hwang kerana penyelewengan dan pelanggaran bioetika dan menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun. Penipuan Hwang kemudiannya direkodkan sebagai ‘skandal yang menggemparkan dunia sains’ dan menjadi salah satu ‘kes penipuan saintifik yang paling banyak dilaporkan dan mengecewakan secara universal dalam sejarah’.

Untuk pengetahuan korang, skandal ini sudah didokumentasikan sebagai satu dokumentari di Netflix dengan tajuk, King of Clones’.

Malah untuk pengetahuan korang juga, Hwang kini kembali dengan dengan ‘misi’ mengklonkan haiwan peliharaan dan spesis terancam!

Raja Lepak

Read Previous

‘Menyamar’ Sebagai Presiden Lembaga Air Tempatan, Polis Akhirnya Berjaya Berkas Suspek Utama Kes Pembunuhan Selepas Hampir 40 Tahun

Read Next

Roller Coaster Tertinggi, Terpantas & Terpanjang Diarah Tutup Selepas Lelaki Kesan Retakan Di Tiang Sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *