Roller Coaster Tertinggi, Terpantas & Terpanjang Diarah Tutup Selepas Lelaki Kesan Retakan Di Tiang Sokongan

Pernah terbayang apa yang akan berlaku kalau korang naik roller coaster dan masa di puncak tiba-tiba korang nampak retakan pada tiang sokongan permainan? Fuh, bayang pun dah ngeri kan?

Ini yang berlaku sekarang ni apabila seorang lelaki melihat adanya retakan di bahagian atas salah satu tiang sokongan keluli permainan roller coaster Fury 325 dalam satu lawan ke Taman Carowinds, Charlotte.

Tanpa membuang masa, beliau merakam situasi itu. Menonton video berkenaan, korang akan nampak yang tiang bergerak sedikit keluar dari tempatnya semasa kereta api penumpang melepasi kawasan tersebut. 

Kredit imej: Facebook Jeremy Wagner 

Awalnya, beliau memaklumkan kepada pihak perkhidmatan tetamu namun kerana rasa tidak senang beliau menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Taman permainan itu kemudiannya diarahkan untuk ditutup sementara bagi proses siasatan menyeluruh terhadap semua permainan.

Untuk pengetahuan, Fury 325 merupakan giga coaster tertinggi, terpantas dan terpanjang di Amerika Utara dengan ketinggian puncah sebanyak 325 kaki dan turun secara drmatik dengan kadar 81 darjah. Pada lengkung S, kelajuan kereta api boleh mencapai 95mph!

Kredit imej utama: Facebook Jeremy Wagner 

Raja Lepak

Read Previous

Rakaman Skandal Pengklonan Manusia Yang Pernah Gemparkan Dunia Kini Didokumentarikan

Read Next

Terkurung Dalam Lif Bersama Mayat, Lihat Apa Yang Wanita Ini Lakukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *