Selepas hampir 40 tahun menyembunyikan diri, seorang lelaki yang menjadi suspek kes pembunuhan pada tahun 1984 akhirnya berjaya ditangkap.
Donald Santini, 65 tahun menjadi suspek utama pembunuhan seorang wanita, Cynthia Ruth Wood yang mana mayatnya ditemui di terusan.
Walaupun dipaparkan sebanyak 3 kali sebagai ‘America’s Most Wanted’, Santini berjaya mengaburi mata orang ramai dengan menggunakan pelbagai identiti, alias dan kerap menukar lokasinya.
Semasa ditangkap, Santini bekerja sebagai presiden lembaga air tempatan berhampiran San Diego dengan nama Wellman Simmonds. Beliau yang mempunyai reputasi yang baik dalam masyarakat setempat juga pernah bercakap kepada media tentang satu kemalangan maut yang berlaku pada 2018.
Santini sebelum ini pernah menjalani hukuman atas kesalahan rogol pada 1978 semasa berkhidmat dalam tentera turut dikehendaki atas kesalahan merompak.
Mayat Cynthia ditemui tenggelam dalam parit saliran air di Alsobrook Drive, di luar Riverview Drive, Florida pada 2 Jun 1984 selepas lima hari dari tarikh kali terakhir beliau dilihat meninggalkan rumah..
Hasil laporan bedah siasat mendapati Cynthia dicekik sampai mati dan menurut polis, Santini merupakan individu terakhir yang dilihat bersamanya menjadikan beliau sebagai suspek utama kes.
Kredit imej utama: Hillsborough County Sheriff’s Office