’Awak Terlampau Cantik Untuk Dirompak,’ Perompak ‘Lamar’ Mangsa Selepas Janji Akan Pulangkan Wang Rompakan

“Awak terlalu baik untuk saya.”

Itu alasan yang selalu kita dengar kalau seseorang itu mahukan perpisahan Tapi bagaimana pula kalau nak melamar? Pasti ada ayat-ayat manis untuk memulakan hubungan tersebut.

Seperti seorang lelaki yang terpesona dengan kecantikan mangsa rompakannya yang dikenali sebagai Amber Beraun.

Semasa sedang menyemak surat di kawasan luar rumahnya, Amber didatangi seorang lelaki yang menahannya menggunakan pistol sebelum merompak wang tunai sekitar $100 dan meminta Amber menambahnya sebagai rakan Facebook. 

Kredit imej: YouTube WRTV

Sebelum melarikan diri menggunakan basikal, lelaki tersebut memberitahu bahawa beliau akan menggantikan wang tersebut.

Kemudian, Amber memberitahu beliau menerima kiriman mesej daripada lelaki tersebut yang menyatakan niat untuk berjumpa dengannya.

“Saya akan bayar semula wang rompakan sebagai cara untuk kita berjumpa, tetapi awak terlalu cantik untuk dirompak.”

Lelaki itu bagaimanapun sudah ditahan atas kesalahan melakukan rompakan dan memiliki pistol sebagai penjenayah. Seminggu sebelumnya, beliau juga didakwa sudah ditahan kerana kesalahan sama sehingga menyebabkan kecederaan selain daripada didakwa atas tuduhan menembak dan memukul beberapa individu.

Sumber: Mirror

Kredit gambar utama, gambar sekadar hiasan: Stan Georgiev via unsplash.com

Raja Lepak

Read Previous

‘Letih Dengan Hujah Keselamatan Pemain Industri’, Kedegilan Lelaki Yang Akhirnya Jadi Penyumbang Tragedi Kapal Selam Titan

Read Next

‘Menyamar’ Sebagai Presiden Lembaga Air Tempatan, Polis Akhirnya Berjaya Berkas Suspek Utama Kes Pembunuhan Selepas Hampir 40 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *