‘Letih Dengan Hujah Keselamatan Pemain Industri’, Kedegilan Lelaki Yang Akhirnya Jadi Penyumbang Tragedi Kapal Selam Titan

“Lawatan melihat sejarah lokasi tragedi bawa satu lagi tragedi yang menjadi sejarah.”

Itu yang berlaku dalam tragedi kapal selam Titan OceanGate yang meledak dalam sekelip mata sehingga digelarkan sebagai letupan malapetaka oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat. Lima penumpang termasuk seorang pemandu disahkan maut dalam ekspedisi ekstrem ini.

Selepas tragedi ini disahkan berlaku, satu per satu fakta mula ‘terlondeh’. 

Pertamanya, CEO OceanGate Stockton Rush berulang kali diingatkan mengenai ciri keselamatan kapal selam Titan ini oleh pakar-pakar antaranya pakar penyelidikan laut dalam terkemuka, Rob McCallum pada tahu 2018.

McCallum menggesa Rush untuk berhenti menggunakan kapal selam tersebut sehingga kenderaan berkenaan mendapat sijil pengiktirafan daripada badan bebas. Namun, Rush tidak mengambil endah amaran tersebut, malah memberitahu bahawa beliau letih dengan pemain industri yang cuba menggunakan hujah keselamatan untuk menghentikan inovasi.

Bukan itu sahaja, nasihat McCallum supaya syarikat mendapatkan sijil untuk Titan sebelum menggunakannya untuk lawatan komersial juga tidak diendahkan. elain itu, pilihan Rush dalam soal penggunaan bahan karbon fiber bagi membina komponen kalis tekanan kritikal pada kapal selam berkenaan juga disoal.

Tidak masuk lagi isu menggunakan controller Logitech yang diubah suai. Sebelum ubah suai, orang ramai boleh dapatkannya dengan harga serendah $30 di Amazon!

Namun, dalam usaha McCallum menghentikan Rush, debat akhirnya berakhir apabila peguam OceanGate mengancam akan mengambil tindakan undang-undang. 

Malah, individu yang memulakan OceanGate bersama Rush pada tahun 2019 iaitu Guillermo Soehnlein turut meninggalkan syarikat selepas 4 tahun menafikan sikap Rush yang dikatakan melulu oleh sesetengah pihak.

Untuk pengetahuan, tragedi kapal selam Titan ini merupakan tragedi pertama yang berlaku dalam tempoh lebih 60 tahun sejarah penerokaan dasar laut dalam oleh sektor awam. Tambahan, OceanGate sebenarnya tidak tertakluk kepada sebarang peraturan kerana beroperasi di perairan antarabangsa yang berada di luar bidang kuasa mana-mana negara.

Raja Lepak

Read Previous

Lepas 22 Tahun, Stephen Chow Umum Kembali Arahkan Filem Baru Shaolin Soccer

Read Next

’Awak Terlampau Cantik Untuk Dirompak,’ Perompak ‘Lamar’ Mangsa Selepas Janji Akan Pulangkan Wang Rompakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *