Lepas 22 Tahun, Stephen Chow Umum Kembali Arahkan Filem Baru Shaolin Soccer

Membesar dengan karya-karya lagenda Stephen Chow, pastinya berita ini akan menggembirakan ramai orang. 

Mana tidaknya, selepas 22 tahun, Stephen Chow akhirnya mengumumkan bahawa sempena hari lahirnya yang ke-61, beliau akan mengarahkan filem terbaharu iaitu Shaolin Soccer tetapi kali ini dalam versi wanita.

Diberi tajuk Shaolin Women’s Soccer, dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Stephen Chow juga mengumumkan bahawa naskhah ini bakal menjadi produksi antarabangsa.

Kredit gambar: Instagram stephenchow

Beliau yang menyeru wanita yang berbakat untuk hadir dalam pencarian bakat filem tersebut turut menyenaraikan beberapa syarat antaranya hanya akan menerima permohonan yang ‘original’ supaya tidak berlaku pemalsuan/penyuntingan gambar calon.

Amacam, excited tak? Kalau ada geng pandai main soccer, boleh dah suruh dia hantar pencalonan.

Min harap, kelakau dia samalah macam filem sebelum ni. Atau mungkin lagi lebih. Sama-samalah kita tunggu.

Raja Lepak

Read Previous

‘What The Fart’, Pertandingan Mencari Kentut Paling ‘Musikal’ Di India

Read Next

‘Letih Dengan Hujah Keselamatan Pemain Industri’, Kedegilan Lelaki Yang Akhirnya Jadi Penyumbang Tragedi Kapal Selam Titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *