‘What The Fart’, Pertandingan Mencari Kentut Paling ‘Musikal’ Di India

Siapa sangka, perbuatan kentut yang dianggap sebagai momen memalukan boleh menyebabkan seseorang mendapat pengiktirafan?

Di India, satu pertandingan kentut, What The Fart telah diadakan bagi mengubah persepsi bahawa kentut adalah sesuatu yang memalukan. Dalam pertandingan ini, mereka akan mencari kentut yang paling merdu di mana kriteria lain dilihat adalah kentut yang paling keras, panjang dan musikal.

Idea yang datang daripada penyanyi  India, Yatin Sangoi ini nyata mendapat sambutan ramai di mana Yatoi sendiri memberitahu ia adalah salah satu usaha untuk menormalkan proses kentut.

Gambar sekadar hiasan. Kredit gambar: Rickie-Tom Schunemann via unsplash.com

Malah Yatoi menjelaskan idea untuk menganjurkan pertandingan ini tercetus ketika beliau kentut semasa sedang menonton filem bersama keluarga dan salah seorang daripada mereka ketawa dan mengatakan jika ada pertandingan kentut, beliaulah pemenangnya.

Bukan hanya menyediakan lokasi yang menarik, pihak penganjur juga turut menyarankan agar para peserta mengamalkan diet lobak, kacang dan kentang rebus sekiranya mahu hasil kentut seperti yang dimahukan.

Untuk pengetahuan,  pemenang akan mendapatkan piala serta wang tunai bernilai antara ±RM285 hingga ±RM855.

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit gambar utama: clearcannabis via unsplash.com

Raja Lepak

Read Previous

Badan Lelaki Tanpa Kepala Dirakam Di Puncak Gunung Dalam Cuaca Berkabus

Read Next

Lepas 22 Tahun, Stephen Chow Umum Kembali Arahkan Filem Baru Shaolin Soccer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *