Badan Lelaki Tanpa Kepala Dirakam Di Puncak Gunung Dalam Cuaca Berkabus

Baru-baru ni viral rakaman penampakan seorang lelaki di puncak Gunung Welirang tanpa kepala. 

Pada mulanya, video merakamkan kumpulan pendaki yang sedang menikmati keindahan di puncak gunung tersebut sebelum terakam penampakan lelaki tersebut. Dalam keadaan berkabus, susuk lelaki tanpa kepala itu telah mencetuskan tanda tanya.

Terdapat beberapa teori yang dikeluarkan warganet tentang penampakan tersebut yang mana salah satunya ialah lelaki tersebut sedang menundukkan kepala ke arah perakam video dan merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut.

Namun, ada warganet yang menidakkan perkara tersebut dengan hujah, “sekiranya kepala ditunduk, pastinya ada kelihatan leher” namun di dalam video tersebut, jangankan kepala leher pun tak nampak.

Teori korang pula macam mana?

Untuk pengetahuan korang, Gunung Welirang merupakan salah satu daripada gunung-gunung popular di Indonesia yang menjadi tarikan para pendaki. Dengan ketinggian 3,156 meter, gunung ini juga merupakan gunung berapi aktif yang terletak di Pulau Jawa, Indonesia.

Video: Instagram @fakta.suroboyo

Raja Lepak

Read Previous

Filem Seram Lejen Arahan Aziz M. Osman Kembali Viral, Ini Sebabnya

Read Next

‘What The Fart’, Pertandingan Mencari Kentut Paling ‘Musikal’ Di India

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *