Jemputan Kad Kahwin Digital, Taktik Terbaru Scammer Target Duit Dalam Akaun Korang

Seiring dengan peredaran zaman, scammer semakin licik mencari jalan untuk memperdayakan kita. Terutamanya golongan berusia yang dilihat kurang mahir menggunakan teknologi.

Yang terbaharu, scammer dikatakan menggunakan taktik jemputan kad perkahwinan digital bagi mendapatkan data peribadi mangsa. Jemputan bukan dihantar dalam bentuk imej atau video tetapi dalam fail APK menerusi aplikasi WhatsApp.

Untuk melihat jemputan, fail perlu dimuat naik terlebih dahulu sebelum ia kemudiannya mendedahkan maklumat peribadi termasuklah akaun bank mangsa. Ini kerana dengan memuat naik fail APK tersebut, akses penuh data dalam telefon akan diberikan kepada scammer.

Jadi, pesan dekat mak ayah kita kalau dapat WhatsApp sebegini jangan sesekali muat naik. Sebaliknya boleh report terus pada pihak WhatsApp. Atau boleh juga laporkan ke talian 997 sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan.

Raja Lepak

Read Previous

Diadaptasi Daripada Novel Indonesia, Filem Seram ‘Ivanna’ Benar-Benar Gore

Read Next

Curhat seorang perokok yang beretika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *