Diadaptasi Daripada Novel Indonesia, Filem Seram ‘Ivanna’ Benar-Benar Gore

Buat peminat filem seram seberang, pastinya selalu ternanti-nanti naskhah baru daripada rumah penerbitan di sana kan? Ini kerana filem atau drama seram hasil tangan Indonesia semakin advance bukan sahaja daripada segi memberikan feel seram tetapi juga jalan cerita yang menarik.

Tahun lalu, filem seram ‘Ivanna’ adalah antara filem seram yang dinanti kemunculannya. Namun, sayangnya ia tidak masuk dalam tayangan di pawagam Malaysia.

Diadaptasi daripada novel Ivanna Van Dijk karya Risa Sarawati, filem ini juga menjadi spin-off Danur 2: Maddah (2018). Menceritakan tentang perempuan blonde yang berasal dari Belanda, Ivanna yang mengalami kematian yang tragis kerana dibunuh Jepun semasa menguasai Indonesia. Mahu membalas dendam kepada manusia, Ivanna sangat membenci orang yang memiliki paras Melayu kerana merasa dikhianati semasa hidupnya.

Ini kerana semasa Indonesia dijajah Belanda, keluarga Ivanna sangat baik melayani warga peribumi, sama seperti mereka melayani keluarga sendiri. Namun, akhirnya mereka dikhianati oleh warga peribumi di mana kepala Ivanna dipancung sehingga terpisah daripada badannya.

Sebelum menerima hukuman itu, Ivanna bersumpah bahawa setiap titisan darahnya akan membuatkan mereka semua tidak tenang.  Rumah peninggalan yang sudah menjadi pusat asuhan orang-orang tua aman damai sebelum kehadiran dua beradik kembar yang ‘menghidupkan’ semula kisah Ivanna.

Selain daripada barang antik peninggalan keluarga Ivanna ditemui, kedua-dua beradik itu juga menemui satu patung tanpa kepala di sebuah bilik bawah tanah di rumah tersebut. Bermula itu, satu per satu misteri muncul dalam misi membalas dendam Ivanna.

Bukan hanya menyajikan elemen seram, tetapi filem Ivanna ini juga boleh dikategorikan sebagai gore kerana banyak babak-babak yang menampilkan pembunuhan yang ngeri menjadikan Ivanna tidak sesuai untuk korang yang ada masalah lemah jantung.

Fuh, baca sinopsis pun dah boleh terbayang. Tengok poster terus rasa nak gugur jantung. Ingat, tak cukup berani, jangan berani-berani nak tengok. Nanti lain pula yang jadi.

Raja Lepak

Read Previous

Baling Batu Sebelum Sembunyi, Hati-Hati! Kejadian Berlaku Di Kawasan Mytown

Read Next

Jemputan Kad Kahwin Digital, Taktik Terbaru Scammer Target Duit Dalam Akaun Korang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *