Ini Punca Dan Sebab Kenapa Kes ‘Bau Bunga’ Wangi Pada Waktu Malam Jadi Trending

Bila sebut tentang dunia mistik, orang kita memang suka ambil ‘port’. Memang betul, dunia mistik tu wujud. Tapi… susah juga bila semua benda yang berlaku nak dikaitkan dengan perkara mistik kan?

Perasan tak dekat media sosial baru-baru ni ada posting pasal terbau bau wangi macam bau bunga melur pada waktu malam? Terutamanya bila keluar dari rumah?

Ramai jugalah di ruangan komen yang turut mengakui benda sama. Malah ada yang siap mengaku ada melakukan ritual tertentu bagi mengelakkan perkara yang bukan-bukan berlaku.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: @gkumar2176 via unsplash.com

Dah dah, jangan buat bukan-bukan!

Korang tahu tak yang bau wangi seakan bunga melur tu bukanlah berkait dengan mistik, sebaliknya merupakan ‘petanda’ bahawa keadaan bulan pada ketika ini berada di fasa bulan penuh.

Jangan yang aneh-aneh, sebab semasa bulan penuh, memang banyak bunga akan berada dalam fasa ‘peak blooming’ terutamanya pada waktu malam. Pada fasa ini, bunga akan sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh mungkin!

Itulah puncanya bau wangi yang korang terhidu pada waktu malam.

Sumber: Kosmo!

Kredit gambar utama. Gambar sekadar hiasan: @nadiag via unsplash.com

Raja Lepak

Read Previous

Filem Trending ‘Hati Suhita’ Buat Penonton Sebak, Ramai Minta Ditayangkan Di Malaysia

Read Next

Lawak Tak Sensitif, Lelaki Ini Kupas ‘Fakta’ Komen Yang Kononnya Lawak Daripada Jocelyn Chia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *