Filem Trending ‘Hati Suhita’ Buat Penonton Sebak, Ramai Minta Ditayangkan Di Malaysia

Masa korang tengah skrol TikTok, ada lalu tak dekat TikTok korang video pendek tentang sebuah filem yang tengah trending di Indonesia iaitu Hati Suhita? Katanya filem ni memang tengah trending bukan sahaja disebabkan para pelakonnya, tetapi juga jalan cerita nya yang sedih.

Hati Suhita mengisahkan tentang seorang wanita, Alina Suhita yang dijodohkan dengan anak lelaki seorang pemiik pesantren (sekolah agama) iaitu, Gus Biru. Namun selepas menikah, Gus Biru dengan jujur memberitahu Alina bahawa dia tidak mencintai isterinya kerana masih cinta akan bekas kekasihnya, Ratna Rengganis.

Walaupun sudah berusaha memikat hati suaminya, Alina tetap tidak dapat merebut cinta suaminya yang halal sehinggalah dia berputus asa dan meminta untuk berpisah secara baik.

Mengangkat konflik cinta segi tiga, filem ini berjaya membawa penonton turut merasa kesakitan Alina dan Ratna sebagai seorang wanita yang mengharapkan cinta daripada seorang lelaki. Sampai tersedu-sedulah penonton dalam panggung!

Mengangkat Nadya Arina, Omar Daniel dan Anggika Bolsterli sebagai pemain utama, ketiga-tiganya berjaya membawa watak filem yang berkisarkan tentang rumah tangga ini dengan baik.

Kalau korang nak tahu, filem ini sebenarnya diadaptasi daripada buku tulisan Khilma Anis dengan tajuk yang sama.

Ah, kenapalah tak ada dekat Malaysia. Min jadi panasaran nak tengok ni!

YouTube: StarvisionPlus

Raja Lepak

Read Previous

Nangis Sambil Makan, Pekerja Pasaraya Ini Akui Perlu Kuat Demi Nafkah

Read Next

Ini Punca Dan Sebab Kenapa Kes ‘Bau Bunga’ Wangi Pada Waktu Malam Jadi Trending

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *