Nangis Sambil Makan, Pekerja Pasaraya Ini Akui Perlu Kuat Demi Nafkah

Pernah tak korang rasa stress sangat sampai kadang duduk sahaja pun air mata dah mengalir? Tapi harus kuat kerana itulah punca rezeki untuk menyara kehidupan.

Cuma kadang-kadang stress tu bukan sebab kerja tak best, tapi sebab penat kena tekan dengan orang atasan dan environment yang tak sihat.

Dalam satu video yang baru viral baru ni, seorang pekerja mini market dilihat menangis sambil makan ketika waktu rehat. Biarpun tangisannya tanpa bunyi, namun setiap kali suapan, ada air mata yang harus dikesat.

Katanya beliau tertekan dimarahi setiap hari, namun perlu tabah kerana mencari rezeki buat keluarga tersayang. Berada dalam bidang custumer service memang mencabar mental.

Di ruangan komen, ramai yang memberi semangat dan mendoakan kesejahteraan lelaki tersebut. Ada juga yang turut bersetuju kalau makan pun sambil menangis memang hati sudah ‘penat’ sangat.

Apa-apa pun semoga perjuangan kita mencari rezeki dipermudahkan.

Raja Lepak

Read Previous

Tiket Coldplay Sebagai Mas Kahwin, Sah Atau Tidak?

Read Next

Filem Trending ‘Hati Suhita’ Buat Penonton Sebak, Ramai Minta Ditayangkan Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *