Tiket Coldplay Sebagai Mas Kahwin, Sah Atau Tidak?

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib daripada seorang suami kepada seorang isteri yang mana ia menunjukkan tanda kesungguhan suami untuk memperisterikan bakal isterinya dan biasanya nilai mas kahwin ditentukan mengikut negeri.

Tapi baru-baru ni viral sepasang pengantin baru yang menjadikan tiket Coldplay sebagai mas kahwin perkahwinan mereka. Ramai yang tertanya adakah ia sah atau tidak.

Sedar dengan kekeliruan masyarakat, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman tampil menjelaskan isu ini. 

Menurut beliau, pemberian itu TIDAK SAH kerana tiada nilai dan bercanggah dengan hukum syarak. Tambah beliau lagi, tiket tersebut bukan satu aset yang mempunyai nilai yang jelas. Jadi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin, maka ia tidak sah kerana sebab tiada nilainya.

Jika gagal dipenuhi mas kahwin, maka diwajibkan untuk membayar semula hutang berkenaan. Namun perlu diingatkan walaupun mas kahwin tidak disebut, perkahwinan tetap sah.

Selain daripada tiket Coldplay, difahamkan pasangan tersebut turut memberi mas kahwin berupa 21 gram emas dan seperangkat alat solat. Keduanya diterima tetapi tidak termasuk tiket konsert tersebut.

Video: Twitter @orangdalamkamu

Raja Lepak

Read Previous

Hanya Modal RM30, Inovasi Aircond DIY Bantu Kurangkan Haba Panas Rumah

Read Next

Nangis Sambil Makan, Pekerja Pasaraya Ini Akui Perlu Kuat Demi Nafkah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *