Hangat sekarang diperkatakan tentang satu pementasan komedi berdiri daripada pelawak yang berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang menyentuh tentang perbezaan antara Singapura dan Malaysia.
Yang menimbulkan kemarahan orang ramai apabila beliau dengan tidak sensitifnya menggunakan isu kehilangan MH370 sebagai konten dalam persembahan tersebut. Malah tidak kurangnya yang menyifatkan pembangunan di Malaysia jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Singapura yang bergelar negara maju selepas 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Komen beliau tersebut turut mendapat perhatian kerajaan Singapura yang kemudiannya memohon maaf di atas tindakan melampau tersebut dan menegaskan kata-kata Jocelyn tidak mencerminkan pandangan Singapura. Malah, mereka juga mendedahkan bahawa beliau tidak lagi memegang status warganegara Singapura.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, betul ke fakta yang dikeluarkan oleh bekas peguam yang memilih kerjaya sebagai pelawak ini? Ini yang dikupas Ahmad Faezal, seorang penulis geopolitik dan sejarah ekonomi di TikToknya.
“Sebab apa dia (Lee Kuan Yew) nak masuk Malaysia sampai tak nak keluar? Simple, sebab bagi dia Malaysia dan Singapura adalah ‘one people’ yang kongsi geografi, ekonomi dan ikatan yang sama. Bagi dia, waktu tu lagi bagus kalau duduk sekali.
Cuma, situasi pada waktu tu dah terlalu tegang. Malaysia ada cara sendiri yang tak sama Singapura. Kalau stay pun tak guna, tetap akan berantakan.”
Berkenaan dengan komen Jocelyn mengenai Singapura sebagai First World Country, Ahmad Faezal hanya mampu ketawa sebelum mengulas lanjut mengenainya.
“Konsep Three World ni sebenarnya dah lama tak terpakai. Dia sesuai zaman Cold War je. Winston Churchill dulu bagi ucapan pasal Iron Curtain. Kata Churchill: Ada Western Block dan ada Eastern Block.
Western Block tu geng US+ (Amerika Syarikat dan lain-lain). Mereka jadi First World dan Eastern Block tu pula geng Soviet +. Mereka ni jadi Second World. Tapi ada geng yang tak pilih block. Mereka ini jadi Non-Aligned Movement, mula timbul selepas satu persidangan kat Bandung tahun 1955.
Non-Aligned Movement Rasmi tahun 1961 dekat Yugoslavia, hasil usaha pemimpin macam Gamal Abdul Nasser dan Soekarno antaranya. Non-Aligned Movement inilah yang dilabel serupa stereotaip jadi Third World sebab tak nak ambil bahagian, dah tu pula tengah membangun masa tu kena cop stigma ‘backward’.
Dah tu sekarang dekat mana letaknya Singapura?
Dalam 120 negara Non-Aligned Movement, tu haa (Singapura – 1970). Pemimpin mana tahun 1970 tu? Lee Kuan Yew.”
Nak tahu ulasan lanjut, korang boleh follow TikTok Ahmad Faezal okey?