Walaupun dunia dah semakin maju, masih ada manusia yang fikirannya masih tertinggal di takuk lama. Mana tidaknya, berperangai macam orang tiada tamadun.
Itu yang berlaku kalau kita tonton satu video yang dikongsikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MBKB-BRI) menerusi satu akaun TikTok mengenai keadaan sekitar Pasar Parit Dalam, Kota Bharu, Kelantan.
Jalan yang dipenuhi sampah hasil daripada perbuatan segelintir peniaga dan pengunjung pasar yang berkunjung ke sana.
Biarpun Kempen Kelantanku Bersih telah lama dilaksanakan dengan penyediaan kemudahan tempat membuang sampah yang secukupnya bersama peringatan daripada petugas penguat kuasa, masih ada yang ingkar dan membuang sampah di merata-rata tempat.
“Ini adalah contoh sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga dan pengunjung Pasar Parit Dalam yang tidak mengutamakan kebersihan. Bila terjadinya perkara begini, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga yang dipersalahkan.”
TikTok: @Mbkb_Bri