Lagi Seram Dari ‘KKN Di Desa Penari’, Ini Kisah Benar Di Sebalik Filem ‘Sewu Dino (1000 Hari)’

Suatu ketika dahulu kecoh tentang filem seram dari Indonesia, KKN Di Desa Penari sehingga mencipta fenomena bukan sahaja dari negara asalnya, Indonesia tetapi juga di Malaysia. Ramai yang tak boleh duduk diam selepas membaca kisah benar di sebalik filem seram ini.

Kalau korang nak tahu, menurut SimpleMan ada satu lagi kisah seram daripada kisah benar yang kini dah pun diangkat menjadi filem. Seram sejuk juga membacanya kerana dikatakan kisah ini jauh lebih seram daripada filem KKN Di Desa Penari.

Kisah Sewu Dino bermula ketika Sri sedang mencari kerja untuk keluar daripada kemiskinan. Kemudian Sri terjumpa pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan daripada Kembang Krasa namun dia tidak tahu apa skop kerjanya.

Bersama beberapa lain, kesemuanya tidak tahu skop kerja mereka namun apa yang mereka tahu kemudiannya bahawa kesemua mereka lahir pada hari Jumaat Kliwon.

Pada awalnya, Sri menyangka yang beliau akan kerja sebagai pembantu Kembang Krasa. Namun selepas setuju dengan perjanjian pekerjaan tersebut, mereka ditugaskan untuk menjaga (termasuklah memandikan dan menukar baju) seorang gadis bernama Dela yang berada di dalam keranda di dalam sebuah rumah di dalam hutan tebal. Dela yang diikat kaki dan tanggannya berada dalam keadaan badannya dipenuhi nanak, perutnya buncit dan bau yang datang dari Dela cukup busuk. 

Mereka ditemai Mbah Tamin. Pada suatu hari, Mbah Tamin mahu keluar dan berpesan supaya mereka tidak membuka pintu biar siapapun yang mengetuk pintu. Semasa memandikan Dela, Sri terlupa mengikat kaki Dela. Dela terjaga dan berkata bahawa mereka semua akan mati tak lama lagi.

Tidak lama kemudian terdengar pintu diketuk bertalu-talu. Tidak tahun mendengar, salah seorang daripada mereka membuka pintu. Pada ketika itu, Mbah Tamin datang dan membuka ikatan Dela dan mengelus kakinya dan mengajak Sri keluar rumah. 

Pada ketika itu, Sri keluar dan melihat ada ratusan (mungkin ribuan) makhluk ghaib yang pelbagai rupa telah mengepung rumah tersebut.

Saat terjaga keesokan paginya, Mbah Tamin pulang. Rupanya yang datang ke rumah malam tadi bukanlah Mbah Tamin tapi identiti yang menyerupai Mbah Tamin. Sri yang curiga Mbah Tamin ada mengamalkan ilmu Sewu Dino berusaha mencari tahu tentang kejadian misteri tersebut. Namun, satu demi satu kecelakaan menanti mereka.

Kalau korang nak tahu, Sewu Dino merupakan ilmu sihir paling ditakuti di Jawa Timur Indonesia kerana jika seseorang itu terkena ilmu tersebut, maka seluruh garis keturunannya akan mati seorang demi seorang dalam masa 1000 hari.

Korang boleh baca lanjut dari thread SimpleMan ini. Tak kuat jangan baca malam-malam, nanti mengigau pulak!

Kredit gambar utama (Gambar sekadar hiasan): Daniel Jensen via unsplash.com

Raja Lepak

Read Previous

Nak Tutup Mata Pun Takut, Jangan Tengok ‘Qorin’ Kalau Korang Tak Kuat

Read Next

‘Sikap Masyarakat Kita’, Keadaan Pasar KB Penuh Sampah Punca Dari Pengunjung Dan Peniaga Pengotor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *