Bagi Emoji Gelak Pada Gambar Punca Lelaki Ditembak

Berpunca daripada memberikan emoji ketawa pada gambar yang dimuat, seorang lelaki dilaporkan maut ditembak manakala rakan wanita yang bersamanya cedera parah. 

Mangsa yang namanya belum didedahkan merupakan seorang remaja 18 tahun memberikan reaksi ketawa kepada sekeping gambar yang dimuat naik salah seorang suspek sebelum berlakunya perbualan pergaduhan yang membawa kepada pertemuan berdarah itu.

Kejadian tembak itu berlaku di sebuah taman berhampiran padang golf, dan tidak lama kemudian pihak 911 menerima panggilan daripada orang awam berkenaan keadaan tersebut. 

Pois mengesahkan bahawa dua orang telah ditangkap atas tuduhan serangan darjah pertama, empat tuduhan penggunaan senjata yang menyalahi undang-undang, tindakan jenayah bersenjata dan dua tuduhan membahayakan kebajikan seorang kanak-kanak. 

Ditahan tanpa bon, keduanya dilaporkan akan kekal dalam tahanan tanpa bon dan perbicaraan bon dijadualkan pada 8 Mei ini. 

Sidenote: Jadilah pengguna media sosial yang bijak. Jangan react sebarangan. Nanti dek kerana emoji, tak pasal terus lepak underground.

Sumber: KFVS12 News

Raja Lepak

Read Previous

‘Sikap Masyarakat Kita’, Keadaan Pasar KB Penuh Sampah Punca Dari Pengunjung Dan Peniaga Pengotor

Read Next

Sidai Baju Di Balkoni Langgar Akta, Boleh Kurangkan Value Hartanah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *