Port Geng ‘Yak Yak Yey’ Kodiang Lengkap Dengan CCTV Pantau Penguatkuasa

Bila tiba bulan puasa, tak dinafikan ada yang sihat walafiat sengaja tidak mahu menjalankan ibadah yang satu ini. Mereka ini dikenali dengan geng plastik hitam atau geng yakyakyey selalu memberi alasan untuk tidak berpuasa. 

Di Kodiang, hasil serbuan pegawai Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di sebuah warung dalam sebuah kampung berhampiran sawah padi menjadi port geng ponteng puasa. Yang ‘menariknya’, warung tersebut turut lengkap dengan CCTV di bahagian luar dengan tujuan untuk memantau pihak berkuasa!

Semasa serbuan, pihak mereka juga menemui pelbagai jenis lauk yang masih panas dan dua periuk nasi yang mana satu daripadanya sudah kosong. Ada juga bungkusan minuman sejuk yang diletakkan di dalam tong ais, dipercayai dijual secara drive-thru.

Menurut pegawai tersebut, taktik yang dilakukan kaki ponteng puasa ini masih sama malah ada yang sanggup membeli makanan di kedai makan bukan Islam.

Sekiranya ditahan kerana tidak berpuasa, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Video: Harian Metro

Raja Lepak

Read Previous

Kurma Dan Butter, Resepi Bertenaga Sepanjang Hari

Read Next

Tahun Ini Mungkin Tiada Raya ‘Terkejut’ Macam Tahun Lalu, Ini Penjelasan Mufti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *