Tahun Ini Mungkin Tiada Raya ‘Terkejut’ Macam Tahun Lalu, Ini Penjelasan Mufti

Disebabkan tahun lepas kita raya dalam keadaan mengejut, baru-baru ini muncul ura-ura yang mengatakan sekali lagi raya akan disambut dalam keadaan mengejut dan terkejut.

Namun, jangan risau.

Pihak di Jabatan Mufti Selangor memberi bayangan awal bahawa umat Islam di Malaysia akan berpuasa genap 30 hari dan kemungkinan tiada raya mengejut seperti tahun lalu. Ini kerana ia adalah berdasarkan analisis kiraan awal yang menunjukkan hilal Syawal dijangka tidak memenuhu kriteria penampakan kedudukannya. 

Malah, pihak tersebut juga melampirkan jadual waktu solat untuk semua zon di Selangor dengan paparan tarikh 30 Ramadan pada 21 April.

“Untuk makluman semua, penetapan tarikh 1 Syawwal adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah memperolehi hasil cerapan hilal di 29 buah lokasi seluruh Malaysia pada 29 Ramadhan 1444H bersamaan 20 April 2023.

Syarak menetapkan apabila hilal kelihatan pada tarikh cerapan maka esoknya adalah bulan baharu. Namun, jika hilal tidak kelihatan maka esoknya disempurnakan bulan tersebut menjadi 30 hari.”

Kalau takut raya terkejut lagi tahun ini, boleh lah buat persiapan awal dan frozenkan semuanya. Mudah kan?

Tapi jangan pula sampai menyebarkan berita yang tak jelas kebenarannya tau.

Facebook: Jabatan Mufti Negeri Selangor

Raja Lepak

Read Previous

Port Geng ‘Yak Yak Yey’ Kodiang Lengkap Dengan CCTV Pantau Penguatkuasa

Read Next

Protected: Curhat seorang perokok yang beretika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *