Bukan benda biasa kalau sesuatu item itu sold out selepas muncul dalam drama Korea popular. Kalau dulu zaman ‘dalgona candy’ sebabkan Squid Game, sekarang satu lagi item dilaporkan sold out selepas muncul dalam drama panas ‘The Glory’.
Mungkin ramai yang tak sangka, pensel biru jenama Staedtler Mars Lumograph dari Jerman yang dijadikan senjata Lee Sara untuk menyerang Choi Hye Jeong ini akan sold out.
Berang dengan Choi Hye Jeong yang menyebarkan videonya, Le Sara kemudian menarik keluar pensel yang digunakan untuk menyimpul rambutnya dan menikam Hye Jeong menggunakannya.
Scene yang sangat unexpected dan mengejutkan. Auto teringat John Wick yang membunuh gangster menggunakan pensel.
Untuk pengetahuan korang, pensel ini adalah pensel biasa yang digunakan oleh pelajar seni dan illustrator. Antara salah satu komen yang menarik perhatian.
“Saya dah gunakan pensel ini selama 20 tahun tak sangka ia akan viral pada 2023.”
Penangan The Glory sampaikan pensel ini memang sold out memang mengejutkan.