Watak Paling Bahaya Dalam ‘The Glory’ Menurut Ahli Psikologi Jenayah Bukan Park Yeon Jin, Tapi…

Walaupun dah nak masuk sebulan ditayangkan, drama siri The Glory masih lagi menjadi sebutan warga internet. Ramai yang berteori yang drama ini akan adanya Part 3 di mana plotnya bukan lagi berpaksi pada Moon Dong Eun tetapi pada Jong Yeo Jeong.

Tapi itu sekadar spekulasi daripada netizen je buat masa sekarang.

Btw, kalau ditanya tentang watak yang paling berbahaya dalam The Glory, korang rasa siapa yang menjadi pilihan korang? Adakah Park Yeong Jin atau salah seorang daripada konco-konconya? Atau mungkin Moon Dong Eun sendiri?

Haa, kalau korang nak tahu. Menurut ahli psikologi jenayah, Profesor Park Ji Sun,watak yang paling bahaya jika ia wujud dalam dunia sebenar bukanlah Park Yeong Jin mahupun konco-konconya. Tetapi Choo Jung Ho.

Siapa Choo Jung Ho?

Choo Jung Ho merupakan guru yang memiliki pangkat lebih tinggi daripada Moon Dong Eun. Choo Jung Ho ni juga yang buli Moon Dong Eun disebabkan beliau tak ‘dihormati’ seperti yang sepatutnya oleh Moon Dong Eun.

Menurut Profesor Park Ji Sun, Choo Jung Ho adalah orang yang berpotensi untuk mendatangkan kemudaratan pada kebanyakan mangsa. Ini kerana jenayahnya ialah mengambil gambar kanak-kanak yang menyalahi undang-undang. 

“Beliau ambil gambar kanak-kanak yang tidak sepatutnya dan mangsa mungkin tidak tahu yang mereka dicabul sebegitu.”

Video: YouTube 문명특급 – MMTG

Raja Lepak

Read Previous

Lelaki Terkejut ‘Hilang’ Lebih RM99 Juta Dari Akaun Bank Semasa Travel Ke Paris

Read Next

Pensel Staedtler Sold Out Di Korea Gara-Gara Drama ‘The Glory’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *