Kanak-Kanak Dalam Meme Popular ‘Kembali’ Selepas Sedekad

Zaman internet ni, sangat mengujakan kalau dapat tahu siapa muka di sebalik meme yang selalu kita guna dekat media sosial kan?

Contoh macam meme budak lelaki ni, mesti korang pernah guna atau ternampak kan? Meme ni meningkat naik pada tahun 2013 bermula pada di Vine. Pada ketika itu, budak lelaki tersebut dirakam berdiri di sebelah tong sampah dan memberikan pandangan ‘side-eyes’ kepada kamera.

Dah 10 tahun berlalu, budak lelaki ini pun dah besar. Kalau korang nak tahu, Dieunerst Collin kini sudah pun berusia 18 tahun dan berjaya bergelar atlet yang memenangi kejohanan bola sepak negeri pada 2021 bersama skuad sekolahnya di New Jersey.

Awal tahun ini, Collin memuat naik gambar memenya dengan meniru ekspresi sama sambil memegang trofi kemenangannya.

Malah katanya sekarang ni beliau dah jadi model!

Instagram: @dieunerst

Raja Lepak

Read Previous

Tanpa Sedar Mungkin Korang Ada Anxiety, Jom Check Ada Tak 7 Tanda-Tanda Ni

Read Next

Merokok tanpa asap? Peralihan dari rokok konvensional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *