Merokok tanpa asap? Peralihan dari rokok konvensional.

Dah masuk tahun 2023 tapi masih lagi kekal dengan tabiat yang sama? Ketinggalan zaman  lah! Tapi aku faham kenapa – bukan senang nak bawa perubahan dalam hidup kita. 

Ramai yang masih merokok untuk pengalaman deria – ia melibatkan rutin, deria sentuhan, rasa dan bau. Sentuhan sebatang rokok di antara jari dan kepuasan rasa tembakau itulah yang menjadikannya utuh. Tanpa semua itu, ia tidak akan terasa lengkap.

 Tetapi masalahnya ialah merokok datang dengan banyak masalah lain. Tidak kira di mana atau bila anda merokok, bila sampai rumah, automatik semua yang kat rumah tu akan tahu. Bau asap yang kuat akan melekat pada pakaian dan seluruh badan anda. Jika mereka bukan perokok, bau asap dan abu rokok akan mengganggu mereka kerana hidung mereka lebih sensitif. Tidak seronok mendengar mereka mengomel tentang perkara yang sama setiap hari.

Bukannya kita tidak tahu kemudaratan rokok. Setiap rokok yang dibakar menghasilkan pelbagai jenis bahan kimia berbahaya seperti karbon monoksida dan tar yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling. Ahli keluarga kita yang bukan perokok juga menjadi perokok pasif kerana asap rokok.

Perkara tidak boleh kekal seperti ini. Sudah tiba masanya untuk membuat perubahan dan kita boleh, dengan pelbagai alternatif yang wujud hari ini. Aku telah mencuba beberapa tetapi kebanyakannya tidak berfungsi dengan baik untuk aku, kecuali IQOS. IQOS ialah alternatif bebas-asap kepada rokok yang memberikan kepuasan rasa tembakau. Ia bijak! Peranti ini hanya memanaskan batang tembakau dan bukannya membakarnya.

Menurut pakar, nikotin bukanlah penyebab utama penyakit yang berkaitan dengan merokok. Punca utama adalah bahan kimia berbahaya yang dikeluarkan melalui proses pembakaran. IQOS melalui teknologi pemanasannya pula menghasilkan 95% kurang bahan kimia berbahaya berbanding rokok. Jadi, kelebihan terbesar IQOS ialah ia memberikan kepuasan rasa tembakau tanpa membakarnya.

Selain itu, IQOS juga tidak menghasilkan sebarang bara, abu atau asap jadi ia tidak akan mengganggu orang di sekeliling anda.

Tapi ingat, jika anda bukan seorang perokok, jangan mulakan. Dan jika anda seorang perokok yang mencari cara lain untuk menikmati kepuasan tembakau, maka IQOS adalah jawapan untuk anda.

Nak tau lebih pasal IQOS? Dapatkan maklumat lanjut di sini: IQOS.COM

Ikuti IQOS di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

Produk ini bukan bebas risiko dan mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang sebaliknya akan terus merokok atau mengguna produk nikotin lain.  

Raja Lepak

Read Previous

Kanak-Kanak Dalam Meme Popular ‘Kembali’ Selepas Sedekad

Read Next

Masih Lagi Jadi ‘Barang Panas’, Kad TnG NFC Dibida Lebih RM80 Di Group FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *