Plot Twist Spirit Of The Coin Filem Seram Tamil Malaysia, ‘Poochandi’ Memang Power!

Kalau korang ada buka Netflix dua tiga hari ni, mesti korang perasan ada satu filem Tamil ni yang berada dalam senarai Top Movie kan?

Kalau korang nak tahu, Poochandi ni merupakan filem seram Tamil Malaysia yang mengisahkan tentang seorang wartawan dari India yang datang ke Malaysia untuk projek cinta hantu sebenar. Dalam proses mencari bahan untuk siapkan projek ni, wartawan ni jumpa entiti ghaib yang menakutkan dan menghantui satu group kawan-kawan ni.

Bermula dengan permainan panggil hantu dengan menggunakan syiling, spirit of the coin, korang takkan bosan sebab penonton bukan je semata-mata disajikan dengan rasa takut tau, ada juga ketawa dan confirm korang pun akan terpegun tengok visual dalam ni.

Paling power sebab team Poochandi ni berjaya selitkan dengan elemen sejarah! 

Ramai yang dah bagi feedback positif lepas tengok filem ni. Jadi korang pun kenalah tengok untuk rasai sendiri kan?

Bestnya juga, Poochandi tak cliché macam cerita seram lain. Ada plot twist yang akan buat korang ternganga. 

Read Previous

Subang Parade Meraikan Musim Bola Sepak

Read Next

Bebel Macam Dekat Malaysia’, Lawak Gila Scene Macha Membebel Dalam Filem Korea Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *