Bebel Macam Dekat Malaysia’, Lawak Gila Scene Macha Membebel Dalam Filem Korea Ni

Produk Korea Selatan memang tengah panas sekarang ni. Daripada makanan, bahasa, lagu, budaya dan sehinggalah drama/filem dari sana ada pengikut & peminatnya yang tersendiri di Malaysia.

Malaysia pun apa kurangnya, turut semakin positif membina nama di sana. 

Macam yang baru ni viral di TikTok, dalam satu babak filem Korea, Jazzy Misfits, tiba-tiba terselit babak seorang lelaki bertutur dalam Bahasa Melayu.

Yang kelakarnya, siap boleh curse tanpa kena sensor weh! Habis dia membebel dekat ahjumma tu macam ahjumma tu faham dia cakap apa. 

“Mak cik! Mak cik! Mak cik! Pagi-pagi ni buat bising apa ni hah?!”

Walaupun tak panjang mana dialog tu, tapi kita yang menonton ni pun terasa terujalah bila dengar bahasa kebangsaan kita dituturkan dalam filem. (Pss, kalau tutup mata/telinga bab curse tu lah.)

Pergh lepas babak ni viral, naik terus la ek saham filem ni kat Malaysia.

Video: TikTok @locacolala

Read Previous

Plot Twist Spirit Of The Coin Filem Seram Tamil Malaysia, ‘Poochandi’ Memang Power!

Read Next

Sebab Apa Loan Rumah Bertambah/Tetap Sama Walaupun Dah Bertahun Bayar? Ini Penjelasannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *