Subang Parade Meraikan Musim Bola Sepak

Dengar cerita semua dah start demam bola sepak betul ke? Tak apa geng, kalau nak tambahkan lagi demam korang tu boleh ke Subang Parade bermula 26 November sehingga 11 Disember untuk meraikan Musim Bola Sepak 2022! Terdapat banyak aktiviti menarik untuk korang terokai seperti Shoot For Glory, Persembahan Bola Sepak Gaya Bebas, Kelas Kemahiran Bola Sepak dan Pertandingan Futsal 3vs3 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun.

Majlis pelancaran kali ini  telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya YB Michelle Ng Mei Sze, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Korporat daripada Hektar Reit Puan Zarina Halim, dengan penghadirian pemain bola sepak profesional Malaysia Shivan Pillay. 

“Demam Bola Sepak ini adalah platform yang baik untuk mempromosikan sukan bola sepak bukan sahaja sebagai permainan tetapi sebagai sukan untuk kehidupan sihat di kalangan kanak-kanak. Ia juga mengajar mereka persaingan sihat dan makna kerja berpasukan dan pada masa yang sama kemahiran dalam cara menendang bola, menghantar bola dan bermain sebagai satu pasukan”, Jelas Shivan.

Korang pakat ramai-ramai bawa satu famili bagi memeriahkan lagi Football Fever 2022 di Subang Parade okeh!

Raja Lepak

Read Previous

Bilik Kepam, Bekas Makanan Bersepah, Wanita Dilema Bila Tahu Tunang Pengotor

Read Next

Plot Twist Spirit Of The Coin Filem Seram Tamil Malaysia, ‘Poochandi’ Memang Power!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *