Di Tepi Jalan Di China, iPhone 14 Dijual Dengan Harga Hampir RM700 Lebih Murah

Bila Apple umumkan iPhone 14 dah mula dijual, ramailah yang ambil kesempatan untuk dapatkannya. Dan kali ini juga Apple terpaksa kurangkan pengeluaran iPhone 14 dan iPhone 14 Plus sebanyak 6 juta disebabkan kurangnya permintaan.

Disebabkan ini juga, golongan scalper terpaksa duduk menjual di tepi jalan untuk mencari pelanggan selepas model iPhone 14 dan iPhone 14 Plus tidak berjaya dijual. Sedangkan sebelum ni harga boleh dijual sehingga RMB 6000 (~RM3900).

Itu pun harga yang dijual jauh lebih rendah berbanding harga pasaran untuk elakkan kerugian besar. Menurut laporan, ada yang mengurangkan harga sehingga RMB 1000 (RM653). 

Tambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tak stabil dan juga ramai yang lebih berminat untuk dapatkan versi Pro.

Kalau di Malaysia ada scalper yang sama, korang buat apa?

Raja Lepak

Read Previous

Tiba-Tiba Ramai Mengaku Saudara, Lelaki Menyesal Menang Loteri RM14 Juta

Read Next

Giliran Scammer Kena Scam Dengan Resit Edit, Reply Lelaki Ni Buat Ramai Puas Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *