Tiba-Tiba Ramai Mengaku Saudara, Lelaki Menyesal Menang Loteri RM14 Juta

Bila miskin, tak berduit keluarga pun ada yang tak mengaku keluarga. Tapi bila kaya, haa mulalah entah dari ceruk mana pun tiba-tiba je mengaku saudara. Terutamanya kalau tiba-tiba jadi kaya.

Macam kes Anoop yang berasal dari India yang mengaku menyesal selepas berjaya menang loteri berjumlah 250 juta rupee (RM14 juta) anjuran kerajaan tempatan. Sebabnya ramai yang datang ke rumahnya untuk meminjam duit. Ada juga yang sampai mengaku saudara.

Anoop yang bekerja sebagai pemandu terpaksa memuat naik video memohon orang yang tak dikenali supaya tak mengganggu dia dan keluarganya dan merancang untuk berpindah bagi mengelakkan perhatian orang ramai.

Berita melaporkan, tiket loteri yang dibeli menggunakan duit simpanan anaknya sehari sebelum berlepas ke Malaysia. Lepas je menang, terus beliau dan keluarganya menjadi tumpuan.

“Saya gembira bila menang. Ramai orang datang dengan kamera di depan rumah dan kami berseronok. Tapi keadaan menjadi tak terkawal. Saya tak boleh keluar rumah. Tak boleh ke mana-mana. Anak saya sakit dan saya tak boleh bawanya berjumpa doktor.”

Info: First Post

Kredit gambar utama: Emiliano Vittoriosi vis unsplash.com 

Raja Lepak

Read Previous

‘Begitu Syulit…’ Terngiang Dalam Kepala, Ini Tips Hentikan Lagu Berhantu Rehan Baik

Read Next

Di Tepi Jalan Di China, iPhone 14 Dijual Dengan Harga Hampir RM700 Lebih Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *