‘Begitu Syulit…’ Terngiang Dalam Kepala, Ini Tips Hentikan Lagu Berhantu Rehan Baik

“Begitu syulit lupakan Rehan, apalagi Rehan baikkk…”

Dalam kepala korang masih lagi terngiang lagu Rehan ni? Sampai dah rasa penat otak sebab asyik berputar je lagu ni dalam kepala.

Kalau nak tahu, situasi ni dinamakan sebagai ‘earworms’ yang bermaksud  lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda sehingga mengganggu ketenteraman.

Nak kenal pasti lagu earworms tu macam mana, korang boleh nampak yang ia lebih pantas, melodinya ringkas dan panjangnya biasa antara 15-30 saat. Lagu ini juga ada beberapa selang unik antara nota yang menjadikannya lebih menonjol.

Tips nak hilangkan lagu ni mudah.

  1. Korang dengar keseluruhan lagu yang mana ia boleh hilangkan rangkap yang asyik terngiang-ngiang dalam kepala.
  2. Tambah variasi lagu yang boleh buatkan korang lupa rangkap tadi.
  3. Abaikan.
  4. Kunyah gula-gula getah.
  5. Sibukkan diri.

Dalam kebanyakan kes, ia adalah neutral, tak serius dan mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak. Tapi yang berjaya bertahan sehingga lebih 24 jam mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit serius. 

Jadi kalau berterusan dalam kepala repeat ‘begitu syulitt lupakan Rehan’ sila dpaatkan pemeriksaan lanjut ya.

Contoh macam lagu Rehan ni, korang boleh dengar full lagu The Junas – Cukup Dikenang Saja. Part earworms tu dekat minit 1:09.

Info: Public Health

Raja Lepak

Read Previous

Permohonan Kerja Ditolak Hanya Sebab Ada Nombor ‘5’

Read Next

Tiba-Tiba Ramai Mengaku Saudara, Lelaki Menyesal Menang Loteri RM14 Juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *