Giliran Scammer Kena Scam Dengan Resit Edit, Reply Lelaki Ni Buat Ramai Puas Hati

Sekarang ni ramai sangat share pasal hilang duit kena scam dengan scammer. Kalau nilainya singgit dua bolehlah masih pejam mata. Tapi bila ramai yang dah share terkena hampir berpuluh dan beratus ribu, memang terasa sakit jugaklah.

Taktik yang biasa digunakan sekarang ialah menyamar sebagai kawan atau ahli keluarga. Lepas tu minta screenshot ruangan chat di Telegram.

Tapi kalini nampaknya scammer ni tersalah langkah bila yang nak discamnya memang pakar mengedit. 

Pada awalnya scammer yang menyamar sebagai Eiza cuba meminjam RM2,00 daripada Atan sebelum keduanya mencapai persetujuan dengan nilai RM800. 

Tapi scammer macam biasalah, selagi boleh memang akan disedutnya duit kita. Scammer ni minta lagi RM300. Dan bila resit edit dah diberikan, dia minta lagi. Lagi dan lagi.

Tapi si scammer ni sedar yang tak ada duit pun yang masuk. Habis di callnya Atan sampai dimakinya Atan lepas tahu dia pula yang kena scam. Koyak beb!

Member koyak sampai pergi bank check akaun tu. Memang silap orang lah kau nak scam. Atan pun terus kena bluetick dan 1 tick lepas si scammer sedar yang resit dia dapat tu semuanya ‘editan’.

Korang boleh baca full thread dekat @atanholiday. Kelakau!

Read Previous

Di Tepi Jalan Di China, iPhone 14 Dijual Dengan Harga Hampir RM700 Lebih Murah

Read Next

Malaysia Negara Ke-2 Paling Rasis Di Dunia, Video Warga Nepal Ini Serlah Sisi Double Standard Layanan Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *