Main Tukar Nozel Pam, Lelaki Singapore & Malaysia Kantoi Busuk

Sejak sempadan negara dibuka, ramai rakyat Malaysia luahkan rasa tak puas hati melihatkan perangai segelintir rakyat Singapore yang gemar betul ‘mencuri’ hak milik rakyat Malaysia.

Terutamanya bab isi minyak kereta yang mana ‘pam kuning’ RON95 bersubsidi tu hanya dibenarkan untuk kereta Malaysia yang berdaftar je. Sebagai alternatif, orang luar boleh gunakan RON97 yang mana dibenarkan untuk semua jenis kenderaan.

Tapi kali ni viral pulak kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia bertukar nozel pam minyak dengan kereta berpendaftaran Singapore dekat salah sebuah stesen minyak Johor.

Bila dah kantoi, buat muka tak bersalah dan rilek je bertukar semula nozel dan isi minyak macam biasa. Ewah!

Korang kalau nampak kejadian macam ni berlaku, sila rekod dan buat laporan polis. 

Mana-mana pemilik stesen minyak yang didapati gagal memantau penyalahgunaan petrol RON95 boleh disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dengan denda RM1 juta atau penjara makismum tiga tahun dan syarikat yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

Video: SG Road Vigilante

Raja Lepak

Read Previous

Proton Perdana Dalam Bangunan Terbiar UK Kembali Tular

Read Next

Tutorial Edit Gambar Sunset/Sunrise Bagi ‘Naik’ Untuk Newbies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *