Tutorial Edit Gambar Sunset/Sunrise Bagi ‘Naik’ Untuk Newbies

Ramai kan yang suka ambil gambar momen matahari terbit dan matahari terbenam? 

Bila dah dibenarkan bergerak ni, spot menarik akan penuh dengan orang ramai yang tak lepaskan peluang untuk nikmati keindahan alam yang satu ini.

Cumanya kadang tu gambar kurang menyerlah sebab warna matahari tu tak naik. So nampak pucat je.

Buat newbies, otai Mohd Azian ada share step by step teknik apa nak guna untuk edit gambar bagi nampak menarik dalam group Mobilegraphy Malaysia. Memang mudah nak faham kalau korang tengok slaid otai kita ni.

1. Buka apps Snapseed dan klik (+) untuk pilih gambar yang korang nak edit.

2. Bila dah buka gambar, tekan bahagian TOOLS dekat bahagian bawah.

3. Tean butang BRUSH dan bila dah keluar page pilih effect EXPOSURE dan setkan ke level -0.3.

4. Gunakan JARI dan brush je dekat area awan dan matahari. Kalau nak gelap sikit, turunkan exposure tadi ke -0.7.

5. Nak naikkan lai warna sunset tu, korang boleh buat sekali lagi guna brush tu. Jangan lupa tekan EXPORT untuk save.

Hassilnya memang menjadi gais. Mudah sangat untuk newbies macam kita ni haa.

Terima kasih banyak otai!

Read Previous

Main Tukar Nozel Pam, Lelaki Singapore & Malaysia Kantoi Busuk

Read Next

Pesan Carrot Susu, Lelaki Muka Redo Tengok Air Yang Sampai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *