Selalu Level Lain, Kali Ni Iklan Deodorant Pula

Siapa sini yang suka tengok iklan Thailand. Jaranglah kan iklan dorang tu tak best. Semuanya ada plot twist tersendiri. Bila kelakar memang boleh terbahak sampai krem perut. Kalau sedih, fuh meleleh beb. Nasib tak banjir je.

Kalau korang layan cerita Thailand, mesti korang kenal dengan Mai Davikah? Selebriti Thailand yang memang femes dekat Thailand dan juga luar negara.

Baru-baru ni Mai Davikah ada share satu iklan yang dibintanginya. Mula-mulakan ingat iklan produk berasaskan ayam sebab ada kehadiran ayam di situ. Rupanya, aduhai ada plot twist!

Iklan tu rupanya iklan deodorant. Ramai yang tertanya kenapa ayam pulak? Apa kaitannya? Rupa-rupanya ayam tu merujuk kepada keadaan kulit ketiak yang tak licin dan disamakan dengan kulit ayam yang tak ada bulu. 

Level lain betul kreativiti dorang ni. Harap kat Malaysia pun lebih banyaklah iklan-iklan macam ni. Terasa macam tengok short film pun ada.

Dan salah satu benda lagi yang menarik perhatian sebab deodorant tu dihasilkan daripada ganja atau disebut dalam video sebagai cannabis sativa seed oil. 

Hmm, agak-agak sapu dekat ketiak terus ke bulan ke macam mana ni? Korang yang ada plan nak ke Thailand jangan berani berani pula beli lepas tu bawa balik ke Malaysia sebagai buah tangan.

Tak pasal-pasal ‘ke dalam’ nanti.

Read Previous

Ini Rupanya Empunya Suara Lagu Viral ‘Sikok Bagu Duo’

Read Next

Siapa Sangka Sebuah Motor RXZ Dah Boleh Swap Dengan Sebidang Tanah Lot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *