Siapa Sangka Sebuah Motor RXZ Dah Boleh Swap Dengan Sebidang Tanah Lot

Pernah terfikir tak yang korang boleh dapat sebidang tanah lot dengan tukaran sebuah motosikal?

Jangan tak percaya sebab benda ni dah berlaku yang mana seorang lelaki berjaya menjual sebuah motor RXZ dengan tukaran sebidang tanah lot di Kelantan! 

Dalam satu sharing di group Jual Beli RXZ, owner motor berkongsi yang mana model RXZ jenis Catalyzer miliknya berjaya ditukarkan bersama dengan bukti pertukaran nama seperti yang dijanjikan.

Maknanya ini bukan konten tapi memang rezeki betul. Walaupun tak dinyatakan berapa nilai tukaran keduanya, tapi ramai yang boleh jangka harganya memang boleh tahan.

Sebab yelah model ni dah dihentikan pengeluarannya. Jadi tak mustahillah kalau terdapat peminat yang sanggup tawarkan harga yang lebih tinggi atau pun swap dengan item yang lebih berharga.

Tukaran ni memang buka mata ramai pihak sebab ramai yang tak sangka dengan sebuah motosikal, kita dah boleh dapat sebidang tanah!

Read Previous

Selalu Level Lain, Kali Ni Iklan Deodorant Pula

Read Next

Malaysia Disebut Dalam Filem Malayalam Ini Tapi Mungkin Benda Tak Boleh Bangga Gais

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *