Transit Lama Di KLIA? Kepler Club Kini Ada Dua Hotel Untuk Anda Berehat

Kalau sebelum ini tidur sekejap di lapangan terbang kena tahan mengantuk sambil cari kerusi yang selesa, Kepler Club di KLIA nampaknya ada penyelesaian yang lebih menari untuk mereka yang perlu waktu berehat yang selesa sementara menunggu penerbangan mereka di lapangan terbang.

Terbaharu, Kepler Club telah memperluaskan kapasitinya di KLIA dengan jumlah keseluruhan 148 katil, berbanding hanya 64 sebelum ini. Bukan sekadar tambah ruang, kemudahan ini turut memperkenalkan reka bentuk DoubleKep iaitu kabin dua tingkat dengan pintu masuk persendirian untuk setiap tetamu.


Menariknya, konsep ini dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya dalam terminal lapangan terbang yang menggabungkan privasi seperti bilik hotel dengan reka bentuk yang lebih menjimatkan ruang  sesuai untuk suasana lapangan terbang yang sentiasa sibuk.

Setiap kabin DoubleKep juga dilengkapi dengan penebat bunyi yang lebih baik. Jadi, kalau nak baring sambil layan playlist Spotify kegemaran, tetamu boleh sambungkan telefon melalui Bluetooth kepada sistem bunyi dalam kabin tanpa mengganggu orang lain.


Kepler Club beroperasi 24 jam sehari dan menariknya, tempahan boleh dibuat mengikut jam. Jadi, tak perlu ambil bilik semalaman kalau sekadar nak rehat sementara menunggu penerbangan.Selain kabin tidur pintar, kemudahan yang disediakan termasuk ruang lounge dan bekerja, bilik mandi, tandas pintar, loker, Wi-Fi berkelajuan tinggi serta minuman ringan tanpa had. 

Proses daftar masuk pun dibuat secara automatik melalui kiosk layan diri. Malah, pintu kabin boleh dibuka terus menggunakan aplikasi Kepler. Maksudnya, anda tak perlu lagi beratur di kaunter atau sibuk mencari kad kunci plastik.


Sejak platform keahlian Kepler diperkenalkan pada 2025, pengalaman menginap di sini turut boleh dibuat mengikut mood tetamu. Melalui aplikasi, tetamu boleh memilih antara lima tema iaitu Rainforest, Desert, Ocean, Mountain atau Fire. Pilihan ini kemudiannya akan menentukan pencahayaan dan bunyi latar dalam kabin apabila mereka tiba. Tetamu juga akan dikejutkan semula dengan mood yang sama sebelum waktu daftar keluar. Ciri-ciri sensori tambahan juga akan diperkenalkan secara berperingkat.


Bagi meraikan kreativiti Malaysia, Kepler Club bekerjasama dengan beberapa artis tempatan untuk menghasilkan reka bentuk bagi sebahagian kabinnya. Karya asli mereka dipamerkan di dalam kabin bersama nama artis masing-masing.

Kini, Kepler Club mengendalikan lima fasiliti di tiga lapangan terbang antarabangsa termasuk di KLIA. Antara lapangan terbang antarabangsa yang terlibat ialah Istanbul Sabiha Gökçen International Airport (SAW), Turki dan Riga International Airport (RIX), Latvia.

Raja Lepak

Read Previous

PUMA Suede Bloom Bawa Nafas Baharu Pada Rekaan Ikonik Suede

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *