Dah Jelas Arahan Jangan Ubah, Netizen Kesal Tulisan Menggunakan ‘Block’ Rosak Angkara Pengunjung Gatal Tangan

Bila ada isu, mesti kaitkan dengan B40 dek kerana stereotaip yang B40 ni ada perangai-perangai tertentu yang mendatangkan masalah kepada orang sekeliling. Sampaikan kalau korang perasan ada satu group FB khas ditubuhkan untuk group B40 iaitu B40 Buat Perangai Apa Harini’.

Dalam posting terbaru, seorang netizen meluahkan rasa kesal apabila papan tulisan ‘Sunway Carnival’ di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang musnah dek kerana tangan gatal pengunjung yang mengubahnya.

Walaupun dah ada papan tanda arahan yang melarang pengunjung untuk bersandar, buang atau mengubah blok yang ada. Ada yang komen, agak mustahil untuk tidak perasan sedangkan saiz papan tanda tersebut semestinya berada berdekatan blok.

Yang paling menyebalkan, perbuatan merosakkan tu bukan dibuat oleh kanak-kanak je. Tapi orang dewasa pun sama naik. 

Hmm, kasihannya pada staff. Pastinya terpaksa susun semula blok bila mall dah tutup. 

Maybe lepas ni kita lebih cakna. Pihak pengurusan pun maybe kena letak divider sikit kot atau letak guard supaya orang lebih alert yang benda tu tak boleh diusik. 

Korang rasa macam mana?

Kredit: Crown Queen via B40 Buat Perangai Apa Harini

Raja Lepak

Read Previous

Dari Lagu Cinta Terus Jadi Lagu Tagih Hutang, Ramai Terhibur Dengar Lagu Rusia Viral Ditranslate

Read Next

Ini Rupanya Empunya Suara Lagu Viral ‘Sikok Bagu Duo’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *