Harga Sampai RM8,000! Mungkin Ini Plastik Sampah Paling Mahal Yang Pernah Korang Jumpa

Kalau plastik sampah, selalu korang beli harga berapa? Atau berapa harga yang korang rasa relevan untuk kegunaannya? Kalau tanya sis la kan, biasa beli kat Mr. DIY tu yang harga dia RM2 tu. Jadilah nak guna untuk pakai buang hari-hari. 

Tapi Balenciaga baru-baru ni kena kecam sebab jual plastik sampah yang kalau diconvertkan harganya ke MYR boleh cecah RM8,000! 

Walaupun nampak kreatif, tapi ramai yang kritik macam tak kena tempat pula apa yang dikeluarkan sebab plastik sampah je kot. Takkan lah harga sampai macam tu sekali. 

Sampai ada pengguna Twitter yang geram cakap kalau nampak orang guna plastik sampah Balenciaga, smack je.

Balenciaga pun bukan pertama kali buat kontroversi dengan fesyen yang dikeluarkan. Hari tu dorang teruk kena kritik sebab hasilkan kasut dengan corak using lepas tu jual dengan harga hampir RM10,000. 

Agak-agak ada ke yang beli beg plastik sampah mewah ni? Kuban-kuban je dunia sekarang ni. Aih, pening arr~

Kredit imej: Balenciaga 360° Show Winter 22 Collection

Raja Lepak

Read Previous

Hidup Tak Aman Di Rumah Sewa Taman Medan, PJHanya Kerana Buang Kain Putih Lusuh Berlumpur Kering Dalam Bilik

Read Next

Ada ‘Diploma Sihir’, Bomoh Viral Minta Bantuan Jin Lawan Ahli Silap Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *